MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
Sinar HARIAN
3 JUN 2018
Musa Awang
SHAH ALAM - Isu pelantikan Peguam Negara perlu berlaku secara
tertutup, penuh beradab dan berhemah tanpa sebarang pendedahan kepada media.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang,
pendedahan tersebut akan menimbulkan spekulasi dan persepsi negatif dalam
proses pemilihan tersebut.
"Ia juga sedikit sebanyak merendahkan institusi raja dan memaparkan sikap
tidak profesional kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, isu membabitkan pelantikan Peguam Negara kecoh
selepas sebuah portal berita melaporkan cadangan kerajaan mahu melantik peguam
kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum
balas daripada pihak istana.
Sementara itu, Musa turut menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V dalam pelantikan Peguam Negara disebut dalam Perkara 145(1)
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, bertindak
atas nasihat Perdana Menteri perlu melantik seorang memenuhi kelayakan sebagai
hakim Mahkamah Persekutuan, untuk menjadi Peguam Negara.
"Dalam mengikut nasihat Perdana Menteri, adakah Yang di-Pertuan
Agong tidak mempunyai pilihan atau budi bicara baginda? Saya berpandangan Yang
di-Pertuan Agong dalam bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, perlu
melihat kedudukan baginda sebagai ketua negara.
"Nasihat bermaksud memberikan pandangan yang baik sifatnya,
untuk kepentingan seluruh masyarakat dalam negara. Nasihat bukan suatu arahan,
kerana dalam kedudukan Perdana Menteri dan Kabinet yang dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong, bagaimana mereka hendak mengarahkan seorang ketua
negara?," soalnya.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong berada pada kedudukan lebih
tinggi akan menilai nasihat tersebut berdasarkan kebijaksanaan, amanah dan
sumpah baginda untuk mempertahankan agama Islam pada setiap masa.
No comments:
Post a Comment