Bagaimana Menjadi Ahli



Anda boleh memohon menjadi Ahli PGSM sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia

ii. Umur Minima : 21 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

iv. Keturunan : Semua

v. Jantina : Lelaki dan perempuan

vi. Agama : Islam

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah dan mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah atau undang-undang dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

B. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian dan tempoh mereka ditentukan oleh
Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memgang jawatan atau mengundi.

C. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

D. AHLI REMAJA
Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan, sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

4. Cara menentukan cawangan bagi setiap permohonan ahli Pertubuhan hendaklah berdasarkan kepada ahli yang mempunyai pejabat atau alamat dan mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di dalam negeri tersebut, dan ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Bayaran Pendaftaran : RM50.00
Yuran Tahunan : RM50.00 setahun
Yuran Seumur Hidup : RM2,000.00

*********************

No comments:

Post a Comment