![]() |
Musa Awang |
21
Februari 2019 5:04 PM
KUALA
LUMPUR 21 Feb. - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengucapkan terima
kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof
dan Kabinet kerana bersetuju menggubal Rang Undang-udang (RUU) Profesion Guaman
Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Presidennya,
Musa Awang berkata, undang-undang yang bakal digubal kelak dapat mengangkat
profesionalisme peguam syarie di negara ini.
Katanya
lagi, di samping itu dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan
ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri.
“Ia
juga menjadi bukti bahawa kerajaan memberikan komitmen baik dan
bersungguh-sungguh dalam memartabatkan institusi perundangan syariah dan
profesion guaman syarie di negara ini.
“Kami
berharap RUU berkenaan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion
guaman syarie di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN
ONLINE
No comments:
Post a Comment