Saturday, October 7, 2017

SEMUA PEGUAM SYARIE

Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE KONVENSYEN NASIONAL PEGUAM SYARIE MALAYSIA KALI KE-EMPAT (4)

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dipersilakan untuk hadir
ke Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia Kali Ke-4 yang akan diadakan
sebagaimana ketetapan seperti berikut :

Tarikh & Hari : 10 NOVEMBER, 2017 (JUMAAT)
Tempat : Dewan Serbaguna,
Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Jam : 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang
Yuran Penyertaan : RM80.00 (Peguam Syarie)
RM50.00 (Pelatih Dalam Kamar/Praktikal)
Pakaian : Court Attire

3. Antara objektif Konvensyen ini bagi menghimpunkan semua Peguam Syarie dari
seluruh negara, sebagai suatu pembugaran inisiatif yang menjadi teras kesinambungan usaha
memartabatkan kepeguaman, kehakiman, perundangan dan pentadbiran Islam dalam negara,
serta sebagai kesinambungan kepada Konvensyen Peguam Syarie Kali Pertama, Ke-2 dan Ke-
3 yang pernah diadakan sebelum ini. Ia juga sebagai suatu medium kepada Peguam Syarie
untuk mengetahui kedudukan Draf Akta Profesion Guaman Syarie, mengenalpasti masalahmasalah
yang telah dan akan dihadapi, serta mencari titik penyelesaian yang holistik, agar
Rang Undang-Undang Akta Profesion Guaman Peguam Syarie dapat dibentangkan di Parlimen
dengan kadar seberapa segera.

4. Tema Konvensyen kali ini adalah “Memprofesionalkan Peguam Syarie“, iaitu lebih
memfokuskan kepada isu-isu, masalah dan prosfek terhadap penggubalan Rang UndangUndang
Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) di peringkat nasional. Sebanyak (2) sesi
pembentangan Kertas Kerja dan (1) sesi Forum akan diadakan sepanjang Konvensyen sehari
tersebut. Pengisian Konvensyen ini adalah sebagaimana TENTATIF yang dilampirkan.

5. Pendaftaran Konvensyen boleh dibuat dengan cara sebagaimana berikut –

• Mengembalikan BORANG JAWAPAN KEHADIRAN yang dilampirkan bersama ini,
melalui e-mail ke konvensyenps2017@gmail.com, atau fakskan ke : 03-5524
1529 ; atau

• Pendaftaran secara atas talian (online) di link berikut :
https://goo.gl/forms/wn51wxtySpuJM9U22

• Menghantar TEKS SMS/WhatsApp kehadiran kepada AJK Pendaftaran di talian
Mobile 010-245 8815 atau 019-282 3002 (Norra Syada) atau 013-323 9113
(Nor Hafizah) atau 013-326 9584 (Nor Azathul Hashima).

6. Bayaran yuran penyertaan sebanyak RM80.00 sahaja, hendaklah dibayar ke akaun
Persatuan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (2015), akaun Maybank No. 5640-
5252-5347 sebelum JUMAAT, 13 OKTOBER 2017. Sila teks atau faxkan bukti bayaran
tersebut ke nombor talian yang tercatat di atas. Pendaftaran hanya akan dilakukan setelah
bayaran yuran penyertaan tersebut di atas dijelaskan.

7. Bagi Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berhasrat untuk menginap di hotel yang
berhampiran lokasi program, kami menyediakan Senarai Hotel sebagaimana dilampirkan.
Sebagai makluman, pihak Urusetia hanya menyediakan makan minum untuk peserta manakala
kos penginapan dan/atau kos pengangkutan adalah ditanggung oleh masing-masing.

8. Besarlah harapan kami agar Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat hadir ke Konvensyen
yang diadakan tersebut. Di atas segala kerjasama Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan berhubung
perkara di atas amat kami dihargai, dan diucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

No comments:

Post a Comment