Tuesday, December 9, 2014

Mahkamah Rayuan Khas Syariah perlu ditubuhkan segera



Utusan Malaysia
06 Disember 2014 2:07 AM

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri digesa mewujudkan segera Mahkamah Rayuan Khas Syariah bagi memperbetulkan ke¬tidakseimbangan proses keadilan Mah¬kamah Syariah di negara ini akibat ke¬wujudan peringkat ra¬yuan yang tidak seimbang.

Musa Awang
Gesaan itu dibuat kerana ketika ini Mahkamah Tinggi Syariah hanya mempunyai satu peringkat rayuan sahaja iaitu Mahkamah Rayuan Syariah dan seandainya ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, tiada mahkamah rayuan lebih tinggi untuk mendengar kes mereka.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, gesaan supaya diwujudkan Mahkamah Rayuan Khas Syariah perlu bagi memastikan sistem keadilan rayuan syariah mempunyai tiga peringkat sebagaimana amalan kehakiman ra¬yuan membabitkan kes-kes sivil.

“Sejak merdeka, hieraki Mah¬kamah Tinggi Syariah hanya mempunyai tingkatan prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah manakala bagi kes Mahkamah Rendah Syariah, tingkatan rayuan ialah ke Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Ra¬yuan Syariah. Ini menggambarkan ketidakseimbangan.
“Kewujudan satu tingkatan ra¬yuan tertinggi iaitu Mahkamah Ra¬yuan Khas Syariah perlu dilaksanakan segera supaya tuntutan memelihara sistem keadilan mengikut sya¬rak dapat dilaksanakan secara saksama seperti sistem kehakiman sivil,” katanya dalam satu ke¬nyataan di sini hari ini.

Menurut Musa, men¬¬¬¬jayakan penu¬buhan Mah¬kamah Rayuan Khas Syariah hanya memerlukan sedikit pindaan kepada akta, enakmen dan ordinan Pentadbiran Undang-Undang Islam sebagai contoh penambahan kepada Subseksyen 40 (3) bagi negeri Wilayah Persekutuan.

Cadangan penubuhan mahka¬mah tersebut juga, jelasnya, tidak melibatkan sebarang pindaan ke atas mana-mana perkara, jadual serta bahagian di dalam Perlembagaan Persekutuan selain tidak mengurangkan kuasa sultan, raja atau Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama.

Dalam pada itu, beliau berkata, penubuhan mahkamah berkenaan jika menjadi kenyataan bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga dan kewangan tetapi turut menjadi satu mekanisme untuk menyelaras keputusan undang-undang Islam di negara ini.
“Penubuhan mahkamah ini juga mampu mempertingkatkan lagi penzahiran usaha Kerajaan Persekutuan dan negeri terhadap kedudukan, kemuliaan dan keistimewaan institusi raja-raja Melayu serta pengurusan agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mahkamah-rayuan-khas-syariah-perlu-ditubuhkan-segera-1.33191#sthash.wS3NTJza.dpuf