Anda juga boleh layari Laman Web PGSM di http://www.pgsm.org.my/.

Borang Keahlian

(Blog)
BORANG KEAHLIAN
PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA


Nama :

No Kad Pengenalan:

Jantina :

Bangsa :

Taraf Perkahwinan :

Nama Firma :

Alamat Firma :

Alamat Rumah :

No. Tel (P):

No. Tel (R):

No. Faks:

No. HP:

Email:

Sijil Peguam Syarie :
Negeri :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kelulusan akademik :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

***********************
(Syarat-syarat Keahlian)
FASAL 4 KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
A. AHLI BIASA
i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
ii. Umur Minima : 21 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan : Semua
v. Jantina : Lelaki/Perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang
pengamal undang-undang syariah atau mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima sebagai ahli pertubuhan ini kecuali dia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh universiti berkenaan. Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat tidak
dibenarkan memegang jawatan atau mengundi.

B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. AHLI REMAJA
Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

Bayaran Pendaftaran : RM20.00
Yuran Tahunan : RM50.00 setahun
Yuran Seumur Hidup : RM2,000.00

*********************

Saya mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar.



..........................
Tandatangan

Tarikh :

_____________________________________

Cetak Borang ini, isi dan hantar bersama salinan sijil Peguam Syarie mana-mana negeri atau Ijazah/Diploma Syariah dan 2 keping gambar berukuran pasport ke :

Sekretariat PGSM, d/a Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
No. 71, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur.
Tel : 03-6205 7000 sambungan 184
Faks : 03-78771310 (TP)
Atau e-mail ke sekretariatpgsm@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment