Anda juga boleh layari Laman Web PGSM di http://www.pgsm.org.my/.

Aktiviti PGSM 2015


MESYUARAT AGUNG PGSM (2015)

Jumaat, 10 April 2015
Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL

Mesyuarat Agung PGSM (2015) dijalankan, bertempat di Dewan Seminar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan perbahasan berkaitan PGSM 2015, terutama berkisar tentang pindaan Perlembagaan PGSM 2015 dan penubuhan cawangan. Mesyuarat Agung telah meluluskan cawangan PGSM di negeri-negeri seperti berikut :

Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Sembilan (PGSMNS)
Persatuan Peguam Syarie Malaysia Pulau Pinang (PGSMPP)
Persatuan Peguam Syarie Malaysia Melaka (PGSMM)

Mesyuarat Agung kali ini juga menyaksikan Tuan Musa Bin Awang kekal telah dipilih sebagai Presiden bagi sesi 2015-2017 tanpa pertandingan. Manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Tuan Moeis Basri. Pertama kali dalam sejarah PGSM apabila Setiausaha PGSM dipilih dari kalangan wanita. Seramai 8 Exco juga dipilih menyaksikan gabungan ahli-ahli senior, pertengahan dan junior.

Senarai nama pimpinan PGSM bagi sesi 2015-2017 yang dipilih ialah :-

MAJLIS TERTINGGI
PRESIDEN : TN. MUSA BIN AWANG
TIMBALAN PRESIDEN : TN. MOEIS BIN BASRI
SETIAUSAHA : PN. SURIANI BINTI AWALUDIN
PEN. S/U : TN. MOHD TAJUDDIN BIN ABD RAZAK
BENDAHARI : PN. FAIRDAH BINTI AHAMD

AHLI JAWATANKUASA/EXCO
PN. HAZIRAH BINTI OTHMAN
TN. HAJI AZMI BIN TAN SRI RAIS
CIK NORRA SYADA BINTI OTHMAN
TN. ABDULLAH ANUAR BIN SAHRI
PUAN SUZIYANI BINTI MAT JUSOH
TN. MOHD RIDZWAN BIN HUSIN
TN. MOHD AZLIN BIN MOHD RAZALI
TN. TAUFEQ AL AMIN BIN SAHRI






MESYUARAT EXCO SESI 2015-2017 BIL. 1/2015

Rabu, 15 April 2015
Bilik Mesyuarat Utama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL.

Mesyuarat Exco kali pertama diadakan, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden yang baru Tuan Musa Awang. Pada mesyuarat ini, Presiden mengumumkan port-folio Exco-Exco dan pembentukan Jawatankuasa Khas Akta Profesion Guaman Syarie serta Jawatankuasa Kecil Pelatih Dalam Kamar (PEDAMAR).

Presiden juga membentangkan bidangtugas dan tanggungjawab setiap Exco termasuk ahli Majlis Tertinggi, serta menggariskan perancangan terdekat setiap exco.

Sebelum mesyuarat, sesi bergambar pimpinan PGSM diadakan.




TAKLIMAT & DISKUSI KAEDAH HAKAM NEGERI SELANGOR

Jumaat, 24 April 2015
Dewan Muktamar, JAKESS Shah Alam.

Satu sesi taklimat dan diskusi Kaedah Hakam Negeri Selangor telah diadakan untuk memberikan pendedakan kepada Peguam Syarie khususnya yang mempunyai Sijil Peguam Syarie Negeri Selangor berkaitan pelaksanaan Kaedah-Kaedah Hakam Negeri Selangor 2014.
Seramai lebih 150 orang Peguam Syarie termasuk pelatih dalam kamar dan pelajar IPTA telah menyertai prorgam ini.



No comments:

Post a Comment