Saturday, February 19, 2011

Isu Peguam Syarie: PGSM Kesal

Sabtu Mei 15, 2010
Isu Peguam Syarie: PGSM Kesal
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini kesal dan terkejut berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil yang membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap seorang wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin untuk bertugas sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang berkata, PGSM memandang serius perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dan peguam syarie di negara ini dapat dipertahankan.

"Mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan hanya warganegara beragama Islam layak memohon dan beramal sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Syariah.
"Sebagai peguam di Mahkamah Syariah, mereka perlu berhujah dengan menggunakan dalil al Quran, al-Hadith yang berlandaskan hukum syarak," katanya kepada mStar Online hari ini.

Oleh itu, Musa berkata, keputusan hakim membenarkan orang bukan Islam bertindak sebagai peguam di Mahkamah Syariah bererti mereka akan merendahkan taraf al-Quran dan meletakkan hukum syarak pada tahap yang sangat rendah.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada Victoria untuk mendapatkan semakan kehakmian bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk beliau sebagai peguam syarie.
Ini adalah kes pertama Malaysia apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Victoria, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak Majlis Agama Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

3 comments:

  1. Mmmmmm..saya tak berasa hairan perkara ini berlaku...sebab kita lihat sendiri..prosiding Mahkamah Syariah sendiri yang berbeza di antara sesuatu negeri didalam Malaysia...kenapa tidak boleh di satukan..??? Kenapa mesti bergerak berasingan????.. Selagi tidak bersatu selagi itulah akan di perkotak katikan...maaf ini pendangan saya...

    ReplyDelete
  2. betul.saya juga bersetuju dengan en samad,apa masalah yg menyebabkan sukar sangat nk selaraskan antara neger

    ReplyDelete
  3. amat malang sekali orang bukan Islam masok campur dalam urusan Islam malah rohnya tercemar.Malah sekarang ini ramai orang yahudi atau ada keturunan yahudi meyerap masok dalam masyarakat Islam untok memperkotak katik ajaran Islam dan sebagainya malah hingga berperang sesama sendiri. Amat dahsyat gambaran ini. Islam patut ditegaskan dan diperkasakan dengan kadar segera, perkara liberal perlu ditolak dengan berhati hati dan sokongn umat Islam yang ramai perlu diutamakan.

    ReplyDelete